CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, May 25, 2015

Bab 9

Seminggu telah berlalu dengan episod luka dan duka dihati yang mungkin susah untuk diubati. fiqa cuba membetulkan keadaan dengan cuba berterus terang dengan fiza, namun setiap kali dia mencuba untuk bertegur sapa dengan fiza, pasti fiza mengelak. ummi dan ayah pula sudah menganggap fiqa seperti insan luar yang tidak dikenali. kini fiqa seperti insan asing yang menumpang dirumah itu, rumah mereka tidak lagi seceria dulu. fiqa buntu dengan masalah yang timbul dan bagai tiada cara penyelesaian. Fahrin pula sejak fiza membuat keputusan untuk berpisah, terus menghilang dan tiada mencari fiqa malahan keluarga fahrin juga tidak merestui hubungan fiqa dan fahrin. Keadaan semakin rumit apabila fiza membuat keputusan untuk menetap dilangkawi. Fiqa sungguh merindui saat bermesra dengan adiknya. Dialah yang bertanggungjawab diatas luka adiknya kini.


"mengapa semuanya berlaku pada keluarga aku yang tidak bersalah dan tidak mengetahui siapa aku?" fiqa membaling bantal kearah cermin. dirinya kini bagaikan patung kertasa hilang arah tujuan dan tiada arah destinasi. Sedang fiqa bermenung dibalkoni biliknya, kelihatan kereta fahrin menuju kehalaman. dilihat pula ummi yang sedang menyambut kedatangan fahrin dengan senyuman yang sedikit hambar, tidak lagi seperti sebelum kejadian. sungguh ummie kecewa... berana ummie memilihkan fahrin untuk fiza yang disangka mampu menjaga fiza... namun belum sempat menjadi suami kepada fiza bala lain yang datang menyinggah. Tidak lama kemudian pintu bilik fiqa diketuk lalu dibukanya kelihatan bibik yang senyum kesuraman.

"tuan fahrin mahu jumpa" ringkas sahaja lalu fiqa menuruni tangga dan menghampiri fahrin dengan senyuman yang penuh persoalan, fahrin tidak membalas senyuman fiqa hanya yang ada renungan tajam yang membawa kebencian.


" i nak kita berterus terang dengan family kita tentang hubungan kita, sebelum majlis perkahwinan..." fiqa merenung wajah fahrin yang sengaja fahrin membesarkan matanya menandakan dia amat membenci fiqa. " kita bincang diluar," arghhhhhhh itulah fiqa yang sentiasa ego walau kesilapan itu datang darinya sendiri."


begitu aman dan damai disini dihiasi dengan tasek yang airnya sedikit cetek mungkin faktor cuaca dan ditumbuhi pokok yang menghijau adanya taman permainan untuk kanak-kanak bersantai ada juga tempat berjoging itulah tasek layang-layang pasir gudang yang sentiasa dikunjungi berbagai generasi untuk bersantai.
"berapa lama lagi i nak tunggu u bercakap atau berkata sesuatu?" fahrin mula berang dengan keadaan fiqa yang dari tiba tadi berdiam diri umpama dia seorang diri disini.

Direnungnya mata fahrin dengan pandangan yang banyak persoalan. hilangkah kasih sayang lelaki itu kini kepadanya atau sekarang fahrin amat membencinya?

"sekarang u dah lain" hanya itu yang mampu dikatakan dalam menahan keperitan.
"come on lah.... u masih nak i layan u macam puteri raja lagi setelah apa yang terjadi? u yang buat kesulitan ni berlaku." kata-kata fahrin amat memilukan hati fiqa. fiqa menundukkan kepala dengan melihat gelombang kecil tasek. "i still love u..." fiqa tak mampu menahan rasa seksanya menyimpan dan memendam apa yang terbuku dihatinya. fahrin hanya melemparkan pandangan yang jauh kedasar tasek. "i tahu i bukan yang terbaik untuk u, hilang ke kasih sayang u terhadap i? hanya tempoh perkenalan u yang sedikit dengan adik i, u terus buat i macam sampah!" direnungnya wajah fahrin yang kini tidak lagi seperti dulu.

"u tahu kenapa i jadi macam ni? u tahu apa perasaan i? ye... tempoh perkenalan yang sekejap dengan adik u, dan perjumpaan yang tak lebih dari 10 kali mampu membuat cinta i pada u terpadam.... u tahu kenapa? sebab u hancurkan harapan keluarga i.... keluarga u dan hati adik u.... u sendiri cakap kat i jangan sakitkan hati adik u, u sendiri cakap kat i adik u tak layak disakiti! now what? u yang buat semua tu fiqa!!! u yang hancurkan hari family u.bukan i yang kecewakan semuanya tapi u!!!!" fahrin semakin berang apabila fiqa mempersoalkan tempoh perkenalannya dengan fiza. kini fahrin kehilangan fiza insan yang tak tahu apa-apa. yang sanggup menjaminnya dan fiqa. butakah fiqa akan pengorbanan kembarnya? "i tahu semua terjadi sebab i... i nak kita berterus terang dengan family kita tentang hubungan kita. dan i akan tebus kesilapan i pada semuanya." fiqa tidak mahu lagi dibelengu dalam gelombang masalah yang membabitkan dan melukakan hati semua pihak. biarlah hanya dia menanggung keperitan, jauh disudut hatinya menyayangi fahrin namun hati adik kembarnya lebih terluka diatas apa yang terjadi. ummie dan ayah juga sudah terlalu marah akan apa yang berlaku. episod kekhilafannya harus dipadamkan dari menjatuhkan maruah keluarga mereka berdua. air mata akhirnya berderai laju mengalir dipipinya. fahrin yang melihat hanya mendiamkan diri kerana fahrin sendiri tidak mampu untuk berbuat apa. apa yang berlaku kini amat menyulitkan keadaan yang seharusnya tenang dengan impian dua keluarga untuk bersatu.

No comments:

Post a Comment