CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, May 25, 2015

Bab 10

Dipetang yang nyaman, fiza joging keseorangan ditaman perumahannya. suhu ketika itu amat nyaman dan sedikit kesejukkan kerana bumi baru sahaja dituruni hujan, kerana itu fiza mengambil peluang ini untuk berjoging kerana tidak panas dan masih mampu mengeluarkan peluh. fiza berjoging dengan ditemani walkman comelnya dengan dendangan lagu-lagu jiwang yang menyentuh jiwa. sedang fiza leka berjoging dia diekori oleh seorang lelaki dengan tanpa kesedarannya. fiza meneruskan joging dengan larian yang sederhana dan menghayati pemandangan ditaman itu yang indah disaluti dengan pokok yang menghijau dan udara yang agak segar dari haruman daunan pokok. ada juga beberapa pasangan yang sedang berjoging bersama. tersentuh hatinya melihat sepasang suami istri yang sedang mengajar anaknya mengayuh basikal dan seorang lagi sedang berlari mendapatkan adiknya yang sedang mengayuh basikal. apabila semakin mendekat dengan mereka sedarlah fiza yang mereka adalah kembar. ini membuatkan fiza merindui kakak kembarnya. sejak peristiwa itu mereka tidak lagi bercakap atau bergurau senda. salahkah fiza menjauhkan diri dari kembarnya? berdosakah fiza kerana tidak memberi peluang untuk mereka menceritakan hal sebenar? egokah dia menjauhkan diri dari mereka? silapkah fiza menghukum mereka? hukum?? tidak fiza tidak menghukum mereka, malahan fiza hanya bermohon sedikit masa untuk merawati lukanya. ye... fahrin lelaki yang baru dikenali kerana fahrin adalah tunangannya, namun mengapa kasih sayangnya kepada fahrin amat menebal bagaikan orang yang bertahun lamanya bercinta? tempoh perkenalan yang sekejap mampu membuahkan perasaan cinta? cinta? itukah cinta? "gedebuk" arghhhhhh akhirnya langkahan kaki fiza termati dengan kejatuhannya yang bagai nangka busuk. kerana khayal yang terlalu jauh membuatkan fiza tidak perasan ada lubang dihadapan. akhirnya jatuhlah nangka busuk yang berkhayal.


"mari abang.. arghh saya bantu" fahrin yang tetiba muncul dengan huluran tangan dan senyuman manisnya namun fiza yang kesakitan dikakinya hanya berdiam diri... fahrin merapati fiza dan mencangkung dihadapan fiza untuk melihat kaki fiza.

" dont touch!!" garang dan tegas itulah fiza, ditepisnya tangan fahrin dengan muka yang menahan kesakitan.

"abang... arghhh fahrin hanya nak membantu.." fahrin tidak mengalah. masih mahu dicuba untuk membantu walau dia tahu fiza bukan seperti fiqa.

"lupakah awak yang awak dengan saya tiada pertalian darah?!" fiza membesarkan matanya kearah fahrin yang masih tersenyum walau fiza sudah bersikap kasar kepadanya.
" niat saya hendak membantu bukan untuk mengambil kesempatan" dilihatnya fiza menekan nekan kakinya yang sakit.
fiza cuba membangunkan diri namun tidak berjaya kakianya yang sakit membuatkan dia hilang pertimbangan. akhirnya fahrin mengambil tuala yang sedia ada tersangkut dilehernya dialaskan ditapak tangan lalu menghulurkan sekali lagi kearah fiza dengan harapan fiza memahami maksud bantuannya untuk membantu fiza. dengan keadaan serba salah fiza menerima huluran tangan fahrin yang berlapik tuala. dengan susah payah fiza cuba berdiri dan dengan kelembapan akhirnya fiza sedia berdiri dan bertatih jalan ke arah kerusi yang telah disediakan.setelah fiza duduk dengan tenang dikerusi fahrin menghulurkan air minumannya yang masih belum berusik tadi. fiza menyambut air yang dihulurkan dengan senyuman lalu berkata " terima kasih". janggal rasanya untuk mereka berdua berterusan disitu.

"saya nak balik" fiza cuba membangunkan diri namun dihalang oleh fahrin dengan isyarat tangan yang tidak membenarkan fiza pergi sebelum dia menceritakan segalanya. rasanya inilah masa yang tepat untuk diceritakan segalanya kepada fiza, supaya fiza tidak terus menghukumnya.

"fiza... saya rasa inilah masa yang tepat untuk saya ceritakan segalanya kepada awak. saya tak sanggup dihukum sebegini oleh awak dengan tanpa awak mengetahui kisah sebenar dan kebenarannya." pandangan fahrin amat jelas yang dia mahu fiza mendengarkan segalanya.....

"kisah kita ada kaitan dengan family kita... jika nak jelaskan semuanya biarlah semua orang pun tahu. tak adil rasanya jika hanya fiza yang mengetahui tidak mereka. seperti aturan pertunangan kita keluarga kita yang aturkan makanya awak berceritalah dihadapan semua keluarga kita. itu lebih memadai dari hanya fiza. fiza harap fahrin faham.. fiza tidak menghukum fahrin atau kak fiqa. fiza mohon sedikit masa untuk fiza selami segalanya. fiza insan biasa.." tanpa disedari air mata fiza menitis kepipi. fahrin rasa kecewa dengan melihat air mata fiza. terasa peritnya fiza menanggung segalanya.
"fahrin.. minta maaf. esok keluarga fahrin akan datang kerumah fiza dan fahrin akan menceritakan segalanya. fiza.. apapun fahrin nak fiza mengetahui satu hal yang fiza mungkin tidak percaya. tempoh perkenalan yang singkat mampu membuat hati fahrin tertawan dengan fiza."

fiza hanya mendiamkan diri dengan pengakuan fahrin, namun baginya kata-kata itu tiada makna lagi setelah apa yang berlaku.


petang itu fahrin menghantarkan fiza keklinik untuk rawatan kaki walau fiza mulanya keberatan namun diakurkan juga demi kesihatan sendiri. akhirnya fahrin menghantar fiza pulang. didalam perjalanan fiza tertidur lena mungkin kesan suntikan dikakinya membuatkan dia terlelap. fahrin sempat menatap wajah fiza yang ayu dan kulit yang halus tanpa secalit makeup pun. betapa hatinya hancur terlihat air mata fiza ditaman tadi. fiza tak seharusnya terjebak dengan masalah fahrin dan fiqa


_______________________________________________________________________________________ malam yang semakin hiba, dunia tak lagi bersamanya yang kepiluan. penarangan fahrin dan kak fiqa membuatkan hatinya semakin rasa kekosongan, tak disangka selama ini dialah perampas kebahagian kak fiqa. bersalahnya diri dengan apa yang berlaku, betapa pertunangannya mengecewakan kak fiqa. mengapa dia yang menjadi perampas. akhirnya dialah wanita yang kejam untuk kebahagiaan kak fiqa. lelaki yang selama ini kak fiqa bersama adalah fahrin, kenapa mereka tidak berterus terang sebelum pertunangan diteruskan? namun mengapa fahrin tetap inginkan fiza tidak fiqa? dicapainya telefon bimbit dan buat pertama kalinya selepas kejadian itu fiza mendail number telefon fahrin.

"assalammualaikum fahrin," nada suara yang lembut jelas kedengaran dicuping telinga fahrin, umpama bermimpi disiang hari mendengar suara fiza insan yang dirindui.

"waalakummussalam, ye fiza, kenapa telefon malam-malam ni? ada urgent ke?" cuba ditahan suara bahagia namun kedenaran bersahaja.

"saya nak berjumpa awak esok tepat jam 3.00 petang ditasek merdeka." mata fahrin semakin segar dan membulat. benarkah fiza mengajaknya berjumpa esok? sedangkan selama ini tidak pernah fiza mengajaknya berjumpa malahan ber2 jauh sekali.

"hello fahrin..." tersentak lamunan fahrin

"ha iye esok saya jemput awak ye"

"tidak saya datang sendiri ye, jumpa esok, assalammualaikum" arghhhh talian sudah dimati. fahrin seakan tidak sabar untuk berjumpa fiza esok. pastinya ada perkara yang membelengu gadis itu, jika tidak mustahil fiza akan call waktu memalam macam ni.

Tepat jam 3.00 petang fahrin berasa ditasek merdeka, setibanya disana kelihatan fiza sedang menantinya, berpakaian dress labuh yang tidak terlihat susuk tubuhnya dengan tudung yang kelihatan kemas dan wajah yang ayu senyuman dibibir sedikt hambar kesan dari kelukaan dihati sinar mata yang redup tanpa dendam.

" maaf saya terlambat" tutur fahrin dengan tenang namun tidak setenang hatinya.

"assalammualaikum." terkedu tatkala fiza memberi mengucap salam kepadanya, sedarlah dia kini yang dia tidak memberi salam.

"waalaikummussalam, fiza maaf sy.."

"tak apa.... fahrin... saya hendak memulangkan ini..." dihulurnya kotak cincin yang masih disimpankannya walau berat hatinya namun itulah yang perlu dilakukan. fahrin melihat kotak cincin yang dihulurkan oleh fiza dengan wajah yang hambar.

dihembusnya nafasnya yang amat berat dan merenung wajah fiza dengan pandangan kehibaan.

"fiza.... cincin ni tidak bermakna kosong. ianya bersebab, saya memilih awak juga bukan hanya sekadar menurut perintah family kita.. ye... pada mulanya memang tak dinafikan saya taknak jadi anak derhaka dan menuruti permintaan parents saya, namun lepas kejadian malam itu setiap malam saya solat istiqarah, dan dalam beberapa hari selepas itu wajah awak berada dalam mimpi saya. percayalah saya bukan terima awak sebagai kosong sahaja." tergamam fiza mendengar penjelasan dari fahrin, dalam istiqarah fahrin fizalah insannya namun.... bagaimana dengan fiqa?

"fiza.... percayalah fiqa menerima segalanya dengan tangan yang terbuka itu yang dia telah katakan pada saya, kerana saya ada memberitahu pada fiqa tentang mimpi saya dan solat istiqarah, kita tak dapat menolak jodoh yang telah tertulis untuk kita."

"tapi bagaimana cara kita nak berhadapan dengan keluarga kita dan perbicaraan awak dan kakak saya? saya tak nak jadi perampas kebahagiaan kakak saya."

"tentang perbicaraan kami hanya akan didenda kerana ketika ditangkap kami lengkap berpakaian. family kita dah tahu tentang istiqarah saya. dan selepas perbicaraan itu kita akan melangsungkan perkahwinan dan menjalani kehidupan seperti biasa." fahrin cuba menyakinkan fiza... mungkin ini takdirnya. kotak cincin diberikan kepada fiza lalu fiza menyambutnya dan menyimpannya dengan senyuman fiza berkata

"kalau betul awak beristiqarah dan sayalah insannya saya terima qada dan qadarNya." hati fahrin lega tak terhingga dengan kata-kata yang fiza ungkapkan tadi. gembira bukan kepalang rasa bagai hendak terjun ketasek.

Bab 9

Seminggu telah berlalu dengan episod luka dan duka dihati yang mungkin susah untuk diubati. fiqa cuba membetulkan keadaan dengan cuba berterus terang dengan fiza, namun setiap kali dia mencuba untuk bertegur sapa dengan fiza, pasti fiza mengelak. ummi dan ayah pula sudah menganggap fiqa seperti insan luar yang tidak dikenali. kini fiqa seperti insan asing yang menumpang dirumah itu, rumah mereka tidak lagi seceria dulu. fiqa buntu dengan masalah yang timbul dan bagai tiada cara penyelesaian. Fahrin pula sejak fiza membuat keputusan untuk berpisah, terus menghilang dan tiada mencari fiqa malahan keluarga fahrin juga tidak merestui hubungan fiqa dan fahrin. Keadaan semakin rumit apabila fiza membuat keputusan untuk menetap dilangkawi. Fiqa sungguh merindui saat bermesra dengan adiknya. Dialah yang bertanggungjawab diatas luka adiknya kini.


"mengapa semuanya berlaku pada keluarga aku yang tidak bersalah dan tidak mengetahui siapa aku?" fiqa membaling bantal kearah cermin. dirinya kini bagaikan patung kertasa hilang arah tujuan dan tiada arah destinasi. Sedang fiqa bermenung dibalkoni biliknya, kelihatan kereta fahrin menuju kehalaman. dilihat pula ummi yang sedang menyambut kedatangan fahrin dengan senyuman yang sedikit hambar, tidak lagi seperti sebelum kejadian. sungguh ummie kecewa... berana ummie memilihkan fahrin untuk fiza yang disangka mampu menjaga fiza... namun belum sempat menjadi suami kepada fiza bala lain yang datang menyinggah. Tidak lama kemudian pintu bilik fiqa diketuk lalu dibukanya kelihatan bibik yang senyum kesuraman.

"tuan fahrin mahu jumpa" ringkas sahaja lalu fiqa menuruni tangga dan menghampiri fahrin dengan senyuman yang penuh persoalan, fahrin tidak membalas senyuman fiqa hanya yang ada renungan tajam yang membawa kebencian.


" i nak kita berterus terang dengan family kita tentang hubungan kita, sebelum majlis perkahwinan..." fiqa merenung wajah fahrin yang sengaja fahrin membesarkan matanya menandakan dia amat membenci fiqa. " kita bincang diluar," arghhhhhhh itulah fiqa yang sentiasa ego walau kesilapan itu datang darinya sendiri."


begitu aman dan damai disini dihiasi dengan tasek yang airnya sedikit cetek mungkin faktor cuaca dan ditumbuhi pokok yang menghijau adanya taman permainan untuk kanak-kanak bersantai ada juga tempat berjoging itulah tasek layang-layang pasir gudang yang sentiasa dikunjungi berbagai generasi untuk bersantai.
"berapa lama lagi i nak tunggu u bercakap atau berkata sesuatu?" fahrin mula berang dengan keadaan fiqa yang dari tiba tadi berdiam diri umpama dia seorang diri disini.

Direnungnya mata fahrin dengan pandangan yang banyak persoalan. hilangkah kasih sayang lelaki itu kini kepadanya atau sekarang fahrin amat membencinya?

"sekarang u dah lain" hanya itu yang mampu dikatakan dalam menahan keperitan.
"come on lah.... u masih nak i layan u macam puteri raja lagi setelah apa yang terjadi? u yang buat kesulitan ni berlaku." kata-kata fahrin amat memilukan hati fiqa. fiqa menundukkan kepala dengan melihat gelombang kecil tasek. "i still love u..." fiqa tak mampu menahan rasa seksanya menyimpan dan memendam apa yang terbuku dihatinya. fahrin hanya melemparkan pandangan yang jauh kedasar tasek. "i tahu i bukan yang terbaik untuk u, hilang ke kasih sayang u terhadap i? hanya tempoh perkenalan u yang sedikit dengan adik i, u terus buat i macam sampah!" direnungnya wajah fahrin yang kini tidak lagi seperti dulu.

"u tahu kenapa i jadi macam ni? u tahu apa perasaan i? ye... tempoh perkenalan yang sekejap dengan adik u, dan perjumpaan yang tak lebih dari 10 kali mampu membuat cinta i pada u terpadam.... u tahu kenapa? sebab u hancurkan harapan keluarga i.... keluarga u dan hati adik u.... u sendiri cakap kat i jangan sakitkan hati adik u, u sendiri cakap kat i adik u tak layak disakiti! now what? u yang buat semua tu fiqa!!! u yang hancurkan hari family u.bukan i yang kecewakan semuanya tapi u!!!!" fahrin semakin berang apabila fiqa mempersoalkan tempoh perkenalannya dengan fiza. kini fahrin kehilangan fiza insan yang tak tahu apa-apa. yang sanggup menjaminnya dan fiqa. butakah fiqa akan pengorbanan kembarnya? "i tahu semua terjadi sebab i... i nak kita berterus terang dengan family kita tentang hubungan kita. dan i akan tebus kesilapan i pada semuanya." fiqa tidak mahu lagi dibelengu dalam gelombang masalah yang membabitkan dan melukakan hati semua pihak. biarlah hanya dia menanggung keperitan, jauh disudut hatinya menyayangi fahrin namun hati adik kembarnya lebih terluka diatas apa yang terjadi. ummie dan ayah juga sudah terlalu marah akan apa yang berlaku. episod kekhilafannya harus dipadamkan dari menjatuhkan maruah keluarga mereka berdua. air mata akhirnya berderai laju mengalir dipipinya. fahrin yang melihat hanya mendiamkan diri kerana fahrin sendiri tidak mampu untuk berbuat apa. apa yang berlaku kini amat menyulitkan keadaan yang seharusnya tenang dengan impian dua keluarga untuk bersatu.