CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, July 10, 2012

bab 8

Dalam keadaan yang kelam malam yang semakin pekat beransur ke pagi... fiza memandu kenderaannya dengan perasaan yang bercampur baur.. dengan tangisan yang tak dapat ditahan... terasa dirinya amat bodoh kerana sanggup menjamin tunangannya dengan kakak kandungnya sendiri... sungguh hanya Tuhan mengetahui betapa remuknya hatinya kala itu.... ummi dan ayah sudah lama tiba kerumah bersama fieqa namun dirinya masih tidak tahu mahu kemana... telefon bimbitnya berdering berkali kali namun hanya dibiarkan tanpa berjawab... dirinya tak kuat waktu itu.. walau dia masih dalam process mengenali hati budi fahrin namun dia tak menyangka sejauh ini dugaan untuknya.... namun dalam x sedar fiza bersyukur kerana dirinya masih bukan istri fahrin hanya tunangan.. tak dapat dibayangkan andai dirinya istri fahrin dan sudah ada anak pasti lagi kelam hidupnya.... Ya Allah kemana harus dibawa hati yg duka ini?

Akhirnya setelah penat memandu fiza memberhentikan keretanya diperkarangan masjid... rasanya disinilah tempat paling tenang baginya.... disana fiza membaca alquran dan mendirikan solat sunat.... terasa tenang jiwanya yang lara.... memang benar.. jika ada masalah atau ada kelapangan fiza akan beribadat.... akhirnya fiza terlena didalam masjid.......

"nak... ooooo nak bangun nakkk dah subuh ni..." tetiba fiza terdengar ada yang menyapanya juga bahunya disentuh seseorang..... dibuka matanya yang mula membengkak... digagahkan badannya bangun dari pembaringan...

"pergi bersihkan diri nak.... dah subuh...." kelihatan seorang makcik sebaya ummi nya duduk bersila dihadapannya.... fiza yang masih mamai hanya mendiamkan diri.. masih berfikir akan kejadian semalam adakah ianya hanya mimpi.. dan andai mimpi bagaimana pula dia berada dimasjid itu....

"nak...." sekali lagi makcik itu menyapa fiza... fiza hanya melihat makcik dihadapannya dengan pandangan yang kosong namun setelah sedar dari lamunan fiza lantas memeluk makcik dihadapannya.... dapat rasa seperti memeluk ummi... saat itu air mata x terhan lagi.. sekali lagi air matanya mengalir dengan deras....... namun dalam esakan tiba2 pandangannya menjadi kelam dan pendengarannya menjadi menyepi akhirnya fiza rebah dalam pelukan makcik yang tidak dikenalinya.......



"ini semua salah fiqa!! kalau fiqa x buat apa yg fiqa lakukan malam kelmarin semuanya x jadi mcm ni... kita dapat malu, adik dapat sakit apa lagi yang fiqa nak buat selepas ni?" marah ayah pada fiqa.... ayah bukan jenis yang pemarah namun hari ini terlihat kemarahan itu....

"maafkan fiqa ayah.... fiqa"

"ayah...." kata2 fiqa disekat dengan kesedaran fiza.... fiza cuba bangun dari pembaringannya namun kepala yang berat tidak berjaya melawan kudratnya.... keadaan yang riuh sebentar tadi menjadi hiba dengan tanggisan ummi yang terseksa melihat kesakitan yang ditanggung oleh fiza....

"fiza mesti kuat syg....." tanggisan ummi membuatkan hati fiza menjadi sayu... fiza turut menitiskan air mata....


sejak peristiwa menyayat hati dan sejak keluar dari hospital fiza semakin muram dan hanya memerap didalam kamar.. sebulan masa berlalu fiza tiada senyuman, tiada gurauan mahupun berjalan... hanya kamar menjadi tempat utama baginya.... fahrin pula kerap menjenguknya namun fiza tidak sudi memandangnya begitu juga dengan fiqa... hanya ummi dan ayah sahaja insan yang dapat mendengar suara fiza itu pun hanya sepatah dua.... mereka tidak tahu apa yang patut dilakukan pada fiza.. fahrin semakin dihimpit rasa bersalah... namun mahu menyesal tiada guna segalanya berlaku dengan pantas..... malam itu benar-benar malam hitam baginya.. ditangkap basah dengan bekas kekasih malahan kakak pada tunangan sendiri ditambah lagi tunangan sendri menjadi penjamin.. sungguh memalukan dirinya juga keluarganya.... kini keluarganya tidak lagi serapat dulu dengannya begitu juga keadaan fiqa..... mereka hilang kepercayaan.... ditambah dengan kemurungan fiza mereka rasa bersalah.....



malam itu berlainan benar dengan keadaan fiza dia kembali normal bercakap dengan family... sudah mahu ikut serta makan bersama diwaktu malam..... petang sebelom makan malam fiza memohon ummi menjemput fahrin dan keluarganya makan bersama begitu juga degan fiqa.... ummi yang melihat perubahan itu menurut sahaja kerana bahagia degan perubahan fiza....


"assalammualaikom semua.... fiza mohon ampun sebelom fiza melanjutkan perkataan yang bakal fiza katakan sebentar lagi....." tersenyum ayu fiza dengan tutur kata yang lembut... fahrin yang lama tak nampak senyuman dari wajah ayu itu terpesona dengan wajah mulus fiza.. namun fahrin dapat merasakan yg fiza kurang senang dengan renungan itu..... "fiza minta maaf andai selama beberapa hari ini fiza menyusahkan semua orang... fiza hanya memohon sedikit waktu... dan dalam waktu itu fiza dapat jawapan yang pasti.... fiza dh buat keputusan dan fiza berharap keputusan ini dapat disetujui oleh semua yang ada disini....." fiza merenung ummi dan ayahnya yang benar-benar mahukan jawapan sebenar


"fiza mahu kak fiqa dan fahrin berkahwin...." semua yang ada tak dapat menjangka ini keputusan yang terkeluar dr mulot fiza....

ummi memeluk fiza dengan tanggisan yang tak dapat ditahan lagi..... "kuatkan hatimu nak.." ummi berbicara dengan esakannya.... "ummi tolong beri fiza kekuatan ini..... fiza tak mampu tanpa ummi dan ayah...."fiza menitiskan air mata... walau dia cuba kuatkan hati namun dengan melihat tangisan ummi maka rebahlah airmatanya juga.... ibu fahrin yang sememangnya menyayangi fiza juga menangis dalam pelukan mereka ber3.... ayah dan daddy fahrin hanya mampu mendiamkan diri.. tak tahu mahu dibuat bagaimana lagi... fiqa juga mendiamkan diri... fahrin dah lama membawa diri kehalaman... bagai tidak percaya... hubungan yang baru bermula akhirnya harus ditamatkan dengan keadaan yang tidak dijangka.....

melihatkan fahrin yang tiada diruangan makan... fiza melangkah kehalaman.. lalu mendekatkan diri dengan fahrin yang sedang duduk bermenung dibuaian....walau hatinya terluka dengan kejadian malam itu... dikuatkan semangat menghadap bakal abang iparnya malahan bekas tunangannya...


"assalammualaikom" tiada jawapan untuk fiza.... namun hanya renungan tajam yang terlihat...


"kenapa buat keputusan tanpa memberi tahu dan berbincang dengan abang?" akhirnya fahrin bersuara dengan nada yang agak keras....
"maaf saya harap keputusan ini benar...." menagpa harus perkara itu dipersoalkan sedangkan fiza yang tersepit....

"awak buat keputusan pada pihak saya.... itu hak saya" dengan kata-kata fahrin menambahkan luka dihati fiza...


"hak? dimana pula hak saya apabila awak ditangkap khalwat dengan kakak saya? dimana pula campaknya maruah saya disaat saya menjamin awak berdua? awak nak bercerita mengenai hak? hak awak yang awak fikir tapi hak saya? tolong jangan keruhkan lagi keadaan.. keputusan ini terbaik untuk saya... saya buat semua untuk tebus kesilapan kamu berdua.... untuk tebus maruah keluarga kita berdua...." tanpa membuang waktu fiza meninggalkan fahrin kerana tidak mahu fahrin melihat lagi air mata kepiluannya disaat melepaskan tunangannya......


Sungguh tiada seorang pun yang tahu betapa remuknya hati fiza tatkala mendapat panggilan dari pejabat agama dan bertambah pilu bila terlihat fahrin yang ditangkap khaluwat dengan kakak kembarnya sendiri.

No comments:

Post a Comment