CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, March 24, 2012

bab 7

Dalam keadaan yang agak mamai fieqa membuka pintu kamarnya setelah diketuk berkali kali oleh fiza... kepalanya terasa berat mungkin akibat tertekan dengan apa yang harus dihadapinya..

"akak... kenapa tak siap lagi? kan dah janji dengan fahrin..." fiza terkejut melihat keadaan kakaknya yang tidak berdandan lagi....
"adik pergi je lah ye akak kurang si...." belom sempat fiqa menghabiskan ayat dia tumbang disisi fiza....
keadaan menjadi kalut akibat ibu dan ayah tiada dirumah... tanpa berfikir panjang fiza lantas mendail numbur telefon tunangannya...

"keadaan encik fiqa agak lemah.... dan saya dapati dia tertekan... so saya harap kamu semua tidak memberikannya sebarang tekanan..."
itulah kata kata dokter yang merawat fiqa. fiza hanya terdiam hanya mampu berdoa... ibu dan ayah akan pulang dari singapore petang itu juga.

"awak bersabarlah... mungkin ini ujian untuk keluarga awak..." fahrin cuba menyembunyi getaran hatinya tatkala mendapat berita fiqa pengsan. dia anatara insan yang paling bimbang... walau hubugan mereka sudah berakhir namun sisa cinta dan kasih itu masih ada, dan tidak dinafikan bimbangnya terhadap benda-benda seperti kemalangan terhadap fiqa amat dibimbangkan....

"abang balik lah dulu biarkan fiza menemani kakak disini... plan kita terpaksa dibatalkan..." fiza dapat merasa sesuatu pada pandangan fahrin terhadap kakaknya. mungkinkah fiza cemburu? ya mungkin cemburu... dia dapat merasakan ada sesuatu yang dirahsiakan oleh mereka berdua.. namun fiza tidak mahu mengeruhkan keadaan lagi. biar dipendam perasaan itu....

"izinkan abang menemani fiza disini... supaya fiza tidak kesunyian.." fiza hanya diam membisu.... mungkin ada baiknya fahrin bersamanya disitu.

setelah hampir 7jam fiqa pengsan akhirnya dia tersedar dari lenanya. dipandangnya sekeliling hanya ada fahrin....

"dah puas tidur?" bagai tiada perasaan fahrin menyoalnya sebegitu rupa.
"kenapa mesti datang kalau tak ikhlas..." fiqa tidak menyangka sebegitu cepat fahrin membuangnya dari hatinya.
"saya kesiankan tunang saya.... dia terpaksa bersengkang mata menjaga awak, dan hatinya tidak tenang kerana awak... kalau tak mampu bertahan kenapa awak izinkan kami bertunang?" fahrin cuba mengawal emosinya. kalau boleh mahu sahaja didakapnya tubuh kecil fiqa.... namun keadaan itu akan membuat mereka hanyut dengan perasaan masing-masing.
"baliklah... saya tak rela awak jaga saya"
"masih nak berlaku ego dengan saya? ingat saya bakal adik ipar awak...."
fahrin berlalu pergi meninggalkan fiqa.... semakin lama disitu mungkin mereka akan menyambungkan kembali ikatan yang sudah diputuskan.. itu mustahil berlaku...


setelah 2hari berada diwad akhirnya keadaan fiqa membenarnya berehat dirumah.. sepanjang dua hari fahrin tidak menjenguknya mungkin lelaki itu betol-betol membencinya.... mungkin itulah jalan terbaik untuk mereka... ditatapnya wajah adiknya yang tersayang yang ayu berselendang.. walau tidak disentuhi make up namun masih terserlah kecantikkan dan kelembutan. fiqa tidak dapat memebayangkan kalau adiknya juga familynya tahu akan hubungannya dahulu bersama fahrin....

"akak janganlah nangis..." baru fiqa menyedari yang air matanya mengalir dengan tanpa disedari... akhirnya air mata itu mengalir dengan deras dan tubuh fiza menjadi mangsa dakapannya. fiza hanya kaku melihat situasi kakaknya.. entah apa berlaku namun kerana dia seorang adik pasti hanya fiza yang layak menenangkan kakaknya..

"akak ceritalah apa yang berlaku?" tiada jawapan namun hanya esakan yang memberi jawapan... mungkin kakaknya tak mahu fiza mengetahui masalahnya.. namun fiza hanya membiarkan kakaknya menghabiskan sisa esakannya......

malam itu fiqa mengambil keputusan untuk jumpa fahrin.... lantas dia pergi ke apartment fahrin....

"masuklah..." ringkas sahaja jawapan fahrin setelah melihat fiqa dihadapan apartmentnya.
"kau tak rindukan aku?" fiqa memberanikan diri.. dia mahukan jawapan malam itu juga biar tenang hatinya.
"kau jangan merepek.. aku bakal adik ipar kau!" fahrin tidak mampu berterus terang.. baginya biarlah yang berlalu terus berlalu.
"kalau kau tak rindu aku kenapa mesti kau yang hantar aku kehospital dan kenapa kau yang tunggu aku sedar dari pengsan?" fiqa tidak puas hati dengan jawapan fahrin.
"aku lakukan kerana tanggungjawab aku pada family kau dan aku nak ingat kan kau tunang aku tu adik kau... tolong hormat dia..."
"begitu cepat kau lupakan aku. dulu kau sanggup tunggu aku, kini setelah dapat adik aku..."
"tolong jangan heret fiza dalam masalah kita. bukan kah kau yang setuju untuk kita berpisah? jangan salah fiza kalau dia benar jodoh aku kerana peluang aku beri pada kau tak pernah kau hargai....."
"aku tak mampu melupakan kau...." lantas tubuh fahrin didakapnya... biar terlerai segalanya.... fahrin juga tak mampu menyembunyikan lagi seksa hatinya....
"ini suratan untuk kisah cinta kita..." fahrin mula berlembut...
"apa harus aku lakukan?" fiqa selesa dengan renungan fahrin... wajah itulah yang menjadi igauannya... renungan mata itu jugalah yang dirinduinya...
belum sempat fahrin memberi jawapan lonceng apartmentnya berdering.... tanpa rasa apa-apa fahrin membuka pintu...

No comments:

Post a Comment