CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, January 10, 2012

bab 6

Selepas solat zohor fiza menyiapkan dirinya dengan memakai baju kurung polka dots berwarna pink dan bertudung ikin juga berwarna pink sedikit lip gloss supaya tidak nampak kering dan sedikit perfume yang dihadiahkan oleh ibu tersayang. sedang fiza bersiap pintu biliknya diketuk oleh seseorang lalu dibukanya kelihatan pembantu rumahnya sudah mula tercengat dihadapan biliknya.

"tunangan encik sudah menanti.." fiza mula gelisah.
"awalnya dia datang bik sekarang jam berapa?" bibik mengaru kepala yang tidak gatal.
belom sempat bibik menjawab fiza bersuara
"bik buatkan dia air sirap dan katakan sebentar lagi saya turun ye..." bibik hanya mengikuti arahan diberi. fiza pula menuju kebilik fiqa untuk memastikan yang fiqa sudah siap kerana fiza bimbang kakaknya itu tertidur kerana dari tadi tidak kelihatan.

"kakak ooo kakak..." fiza mengetuk pintu bilik lalu tidak berapa lama kemudian fiqa keluar dengan muka yang tersenyum simpul tidak seperti pagi tadi waktu fiza melhat kakaknya bagai orang putus cinta.

mereka menuruni anak tangga bersama kelihatan fahrin sedang berbual dengan bakal ibu mertuanya seperti rancak berbual... fiqa serta merta tak tentu arah..
"adik kita pergi ber3 ke?" direnunganya wajah adiknya ingin kan jawapan "tidak" dari bibir fiza
"ye kita pergi ber3.. akak tak kisahkan?" hancur harapan fiqa sekali lagi dia terperangkap dengan senyuman fahrin kearahnya.
"assalamualaikom.... sihat ke kak... ekh belom jadi lagi..." fahrin sengaja membuat lawak supaya gelisah dihati fiqa tidak dipamer dihadapan ibu dan adiknya.
"walaikomussalam... sihat walafiat...." jawab fiqa yang agak terketar.
dalam perjalanan mereka ber3 hanya berdiam diri melayan perasaan sendiri. hati fiqa semakin gelisah tatkala melihat fahrin curi-curi pandang kearahnya melalui cermin belakang. perjalanan selama 20minit dirasakan lama bagi fiqa. dia rasa bersalah pada dirinya juga adiknya sendiri. tidak disangka ini semua akan berlaku.

tiba dibridal idaman fiza menarik tangan fiqa yang menjauh darinya. fiqa hanya menurut langkah adiknya. didalam hati hanya berserah apa akan berlaku. melihatkan senyuman manis dan wajah kegembiraan fiza yang terpancar diwajah adik kesayangannya itu rasa bersalah semakin menebal menghimpit perasaannya.
"akak tolong pegangkan beg boleh adik nak masuk fitting room." fiqa hanya mengangguk tanda tidak membantah.
"cuba u berlakon sikit supaya adik u tak tahu apa-apa!" fahrin bersuara dengan nada yang perlahan tapi kedengaran tegas.
"i bukan hipokrit!" fiqa rasa marah terhadap fahrin yang seakan mempersendakannya.
"ha? tak hipokrit u kata? kalau tak hipokrit jom kita cerita apa hubungan kita pada adik u."saat itulah fiza keluar dengan baju pengantin yang amat sesuai dengannya.

"cantiknya u ni... belom makeup lagi dah nampak cantik.... meletoplah kalau make up nanti." pekerja bridal itu puji melambung tatkala melihat fiza yang amat menawan dengan baju rekaan butiknya. fiqa dan fahrin tergamam melihat fiza yang berdiri tidak jauh dari mereka.

"hey apa yang nie menungkan oleh kakak dan abang nie." lantas fahrin dan fiqa cuba berdolak dalih.

"cantik adik kakak.. tunangan adik tak mencuba ke?" tanya fiqa supaya fiza tidak syak apa-apa.

hari yang amat menyeksakan fiqa dihari itu berakhir dengan makan petang yang dibelanja oleh fahrin sendiri. fahrin sengaja membawa mereka ke restoran kegemaran fiqa iaitu restoran rose merah. namun fiqa berjaya menyembunyikan perasaan sebenar yang terbuku dihati. setelah smeuanya selesai hampir magrib juga mereka tiba dirumah. itu memang prinsip fiza balik sebelom magrin tak kira keluar dengan siapa pun pasti itu yang ditekan kan.

dikamar yang amat sepi fiqa sengaja tidak membuka lampu hanya menyalakan lilin wangi yang dihadiahkan oleh fahrin suatu ketika dahulu. ingt lagi kata kata fahrin
"lilin ini u anggaplah i... apinya yang membara menyinari kegelapan umpama diri i tatkala jiwa u gundah gelana. namun jangan u anggap i sebagai lilin yang hanya menyala tatkala isinya masih ada....." amat bermakna kata-kata itu yang bisa membuat air mata fiqa menitis dengan laju dan tanpa henti.
masih terbayang dimata fiqa tatkala adiknya memakai baju penggantin siang tadi. kalau menjadi dia yang akan menjadi penggantn fahrin, dia yang akan memakai baju itu dan dia juga yang akan dipuji oleh fahrin. ditatapnya sehelai kain hela yang dibeli fahrin untuk dipakainya tatkala menjadi pengapit mereka nanti.... sungguh kejam atas penerimaan itu... namun dia harus lakukannya dan dia akan cuba melenyapkan fahrin dari hidupnya. namun berjayakah dia? sedangkan tak lama lagi fahrin akan menjadi adik iparnya... bertambah pilu dia akan menjadi pengapit mereka. dapatkah dia tahan air matanya disaat itu nanti. bagaimana pula reaksinya tatkala fahrin akad nikah dengan melafaz nama adiknya dan bukan namanya. apa pula akan berlaku tatkala fahrin meletakkan tangannya kedahi fiza dengan bersumpah setia dihadapan org ramai bukan dahinya yang akan dikucup bukan jarinya akan disarung cincin bukan tangan nya akan disalam tanda batal air sembahyang juga bukan dahinya akan dikucup oleh fahrin....... dibalingnya lilin yang masih menyala dibiarkannya biliknya bergelap pasti isi rumah menyangka yang dia sudah lena dibuai mimpi hakikatnya mimpi semua sudah berkecai segalanya hanya igauan yang hanya menghayalkan.....

bukan salah fahrin ini semua berlaku bukan silap ibu semua ini terjadi juga bukan kehendak fiza ini semua ditakdirkan ini semua silapnya sendiri kerana tidak menggunakan peluang yang diberi oleh fahrin. kini dia kehilangan seorang jejaka yang baik, berkerjaya, berkaliber, bertanggungjawab dan segalanya. puas fiqa menangis malam itu sendu sedan masih tak dapat membasuh kelukaan hatinya. akhirnya fiqa tertidur dilantai biliknya dengan sendu sedan yang masih bersisa.....

No comments:

Post a Comment