CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, January 10, 2012

bab 6

Selepas solat zohor fiza menyiapkan dirinya dengan memakai baju kurung polka dots berwarna pink dan bertudung ikin juga berwarna pink sedikit lip gloss supaya tidak nampak kering dan sedikit perfume yang dihadiahkan oleh ibu tersayang. sedang fiza bersiap pintu biliknya diketuk oleh seseorang lalu dibukanya kelihatan pembantu rumahnya sudah mula tercengat dihadapan biliknya.

"tunangan encik sudah menanti.." fiza mula gelisah.
"awalnya dia datang bik sekarang jam berapa?" bibik mengaru kepala yang tidak gatal.
belom sempat bibik menjawab fiza bersuara
"bik buatkan dia air sirap dan katakan sebentar lagi saya turun ye..." bibik hanya mengikuti arahan diberi. fiza pula menuju kebilik fiqa untuk memastikan yang fiqa sudah siap kerana fiza bimbang kakaknya itu tertidur kerana dari tadi tidak kelihatan.

"kakak ooo kakak..." fiza mengetuk pintu bilik lalu tidak berapa lama kemudian fiqa keluar dengan muka yang tersenyum simpul tidak seperti pagi tadi waktu fiza melhat kakaknya bagai orang putus cinta.

mereka menuruni anak tangga bersama kelihatan fahrin sedang berbual dengan bakal ibu mertuanya seperti rancak berbual... fiqa serta merta tak tentu arah..
"adik kita pergi ber3 ke?" direnunganya wajah adiknya ingin kan jawapan "tidak" dari bibir fiza
"ye kita pergi ber3.. akak tak kisahkan?" hancur harapan fiqa sekali lagi dia terperangkap dengan senyuman fahrin kearahnya.
"assalamualaikom.... sihat ke kak... ekh belom jadi lagi..." fahrin sengaja membuat lawak supaya gelisah dihati fiqa tidak dipamer dihadapan ibu dan adiknya.
"walaikomussalam... sihat walafiat...." jawab fiqa yang agak terketar.
dalam perjalanan mereka ber3 hanya berdiam diri melayan perasaan sendiri. hati fiqa semakin gelisah tatkala melihat fahrin curi-curi pandang kearahnya melalui cermin belakang. perjalanan selama 20minit dirasakan lama bagi fiqa. dia rasa bersalah pada dirinya juga adiknya sendiri. tidak disangka ini semua akan berlaku.

tiba dibridal idaman fiza menarik tangan fiqa yang menjauh darinya. fiqa hanya menurut langkah adiknya. didalam hati hanya berserah apa akan berlaku. melihatkan senyuman manis dan wajah kegembiraan fiza yang terpancar diwajah adik kesayangannya itu rasa bersalah semakin menebal menghimpit perasaannya.
"akak tolong pegangkan beg boleh adik nak masuk fitting room." fiqa hanya mengangguk tanda tidak membantah.
"cuba u berlakon sikit supaya adik u tak tahu apa-apa!" fahrin bersuara dengan nada yang perlahan tapi kedengaran tegas.
"i bukan hipokrit!" fiqa rasa marah terhadap fahrin yang seakan mempersendakannya.
"ha? tak hipokrit u kata? kalau tak hipokrit jom kita cerita apa hubungan kita pada adik u."saat itulah fiza keluar dengan baju pengantin yang amat sesuai dengannya.

"cantiknya u ni... belom makeup lagi dah nampak cantik.... meletoplah kalau make up nanti." pekerja bridal itu puji melambung tatkala melihat fiza yang amat menawan dengan baju rekaan butiknya. fiqa dan fahrin tergamam melihat fiza yang berdiri tidak jauh dari mereka.

"hey apa yang nie menungkan oleh kakak dan abang nie." lantas fahrin dan fiqa cuba berdolak dalih.

"cantik adik kakak.. tunangan adik tak mencuba ke?" tanya fiqa supaya fiza tidak syak apa-apa.

hari yang amat menyeksakan fiqa dihari itu berakhir dengan makan petang yang dibelanja oleh fahrin sendiri. fahrin sengaja membawa mereka ke restoran kegemaran fiqa iaitu restoran rose merah. namun fiqa berjaya menyembunyikan perasaan sebenar yang terbuku dihati. setelah smeuanya selesai hampir magrib juga mereka tiba dirumah. itu memang prinsip fiza balik sebelom magrin tak kira keluar dengan siapa pun pasti itu yang ditekan kan.

dikamar yang amat sepi fiqa sengaja tidak membuka lampu hanya menyalakan lilin wangi yang dihadiahkan oleh fahrin suatu ketika dahulu. ingt lagi kata kata fahrin
"lilin ini u anggaplah i... apinya yang membara menyinari kegelapan umpama diri i tatkala jiwa u gundah gelana. namun jangan u anggap i sebagai lilin yang hanya menyala tatkala isinya masih ada....." amat bermakna kata-kata itu yang bisa membuat air mata fiqa menitis dengan laju dan tanpa henti.
masih terbayang dimata fiqa tatkala adiknya memakai baju penggantin siang tadi. kalau menjadi dia yang akan menjadi penggantn fahrin, dia yang akan memakai baju itu dan dia juga yang akan dipuji oleh fahrin. ditatapnya sehelai kain hela yang dibeli fahrin untuk dipakainya tatkala menjadi pengapit mereka nanti.... sungguh kejam atas penerimaan itu... namun dia harus lakukannya dan dia akan cuba melenyapkan fahrin dari hidupnya. namun berjayakah dia? sedangkan tak lama lagi fahrin akan menjadi adik iparnya... bertambah pilu dia akan menjadi pengapit mereka. dapatkah dia tahan air matanya disaat itu nanti. bagaimana pula reaksinya tatkala fahrin akad nikah dengan melafaz nama adiknya dan bukan namanya. apa pula akan berlaku tatkala fahrin meletakkan tangannya kedahi fiza dengan bersumpah setia dihadapan org ramai bukan dahinya yang akan dikucup bukan jarinya akan disarung cincin bukan tangan nya akan disalam tanda batal air sembahyang juga bukan dahinya akan dikucup oleh fahrin....... dibalingnya lilin yang masih menyala dibiarkannya biliknya bergelap pasti isi rumah menyangka yang dia sudah lena dibuai mimpi hakikatnya mimpi semua sudah berkecai segalanya hanya igauan yang hanya menghayalkan.....

bukan salah fahrin ini semua berlaku bukan silap ibu semua ini terjadi juga bukan kehendak fiza ini semua ditakdirkan ini semua silapnya sendiri kerana tidak menggunakan peluang yang diberi oleh fahrin. kini dia kehilangan seorang jejaka yang baik, berkerjaya, berkaliber, bertanggungjawab dan segalanya. puas fiqa menangis malam itu sendu sedan masih tak dapat membasuh kelukaan hatinya. akhirnya fiqa tertidur dilantai biliknya dengan sendu sedan yang masih bersisa.....

bab 5

Jam ditangan menunjukkan tepat pukol 2pagi... fiqa yang dari tadi meneguk air kencing setan seakan tidak mahu berhenti dr menikmati air yang dirasakan dapat dia melupakan fahrin. namun dalam hayal fiqa tidak perasan akan perbuatannya sentiasa dilihat oleh fahrin yg sedari tadi mengekori tingkah lakunya. bagi fahrin tidak rugi dia meniggalkan fiqa dan menurut kata family dan tak susah apa pun dia menerima fiza dalam hidupnya untuk dijadikan suri hatinya. fiqa memang tak boleh diubah. fahrin melepaskan keluhan yang berat. keluhan menandakan kekesalan yang terbuku dihatinya. saat itu senyuman manis fiza, renungan lembut mata fiza, tingkah laku fiza yang sentiasa malu malu terbayang dimata dan bayangan fahrin. ibunya sudah membuat keputusan yang amat benar dan baik dalam hidupnya.

"hey u..... kenapa u ada kat sini..... bukan ke u dah bersumpah tak nak kesini?" lamunan fahrin terhenti dengan sapaan fiqa yang dia sendiri tidak sedar berapa lama fiqa berada dihadapannya dan sejak bila pula fiqa sedar dia berada disitu..... fiqa yang sudah khayal dan tersedu sedu meraba2 dada fahrin seakan tidak kenal dosa...
"kita balik i hantar u balik" fahrin menarik tangan fiqa namun fiqa lantas menarik kembali tangannya...
"jom lah enjoy nanti kalau u dah kawen dengan ustazah u x boleh bersentuh dengan i lagi...." belom sempat fiqa menghabiskan ayatnya tiba2 fiqa tumbang lalu pengsan. akibat air kencing setan yang ditunggaknya terlalu banyak hilang pertimbangan badan.

fahrin seorang lelaki yang bertanggungjawab tidak dibiarkan fiqa begitu sahaja juga tidak membawa fiqa pulang kerumah fiqa kerana fahrin tidak mahu fiza atau familynya melihat keadaan fiqa yang sebegini pasti kecewa menyelinap jiwa mereka nanti. dibawanya keapartment yang sememangnya dari dulu dibeli tanpa pengetahuan sesiapapun kecuali mereka berdua. memang itulah tempat fahrin menyimpan fiqa sekiranya fiqa mabuk tak sedarkan diri.
seperti kebiasan waktu mereka bersama dulu. fahrin akan meletakkan fiqa diatas katil lalu fahrin akan tidur diruang tamu. sepanjang bersama fiqa dia tidak pernah tidur bersama fiqa kerana mereka sendiri mahu menjaga maruah diri walau dalam keadaan mabuk, masuk clubing, itu semua bukan alasan untuk tidur bersama.

"morning fahrin..." lena fahrin diganggu oleh fiqa yang sudah sedar dari mabuknya.
"bagus u dah bangun. u bila nak berubah? i ingatkan i tinggalkan u dan u akan berubah." fahrin bangun lalu memakai baju kemejanya yang disidainya dikerusi meja makan malam tadi.
"kalau i berubah u akan kembali disisi i? i dah hilang u dan ini sahaja cara i untuk melupakan u. cuba u bayangkan tak lama lagi u jadi adik ipar i hari-hari i ngadap muka u hari-hari i akan nampak kucupan u pada adik i dan sekarang u dh mula bagi dia bunga! u tahu apa i rasa? hidup i malap tanpa u... tp hidup u bahagia tanpa i!!!" fiqa menangis semahu hatinya. fahrin yang mula dihimpit rasa serba salah lalu melangkah pergi menuju kepintu apartment...

"nanti.....!!!" langkah fahrin terhenti lalu ditolehnya wajah fiqa dengan lirikan mata yang tajam
"u nak apa lagi? peluang i bagi u x pakai sekarang kenapa perlu menyesal? i x sanggup lukakan hati adik u harapan keluarga u and i terlalu mendalam! dan u tahu apa perasaan i tatkala melihat u dipintu rumah tunang i? i dihimpit rasa bersalah. i terpaksa kecewakan u kerana itu diri u yang pinta walau bukan dalam sengaja u sendiri dengan perangai u buat i pilih pilihan keluarga i." tangan fahrin dipengan oleh fiqa dengan mata yang berlinangan air mata

"tolong jangan beritahu family i perangai i dan tolong jangan kecewakan adik i.... dia tak bersalah dan dia langsung tak tahu hubungan kita. i akan cuba melupakan u...." fahrin merentap tangannya dari fiqa lalu berjalan laju meniggalkan fiqa yang sedang esak menangis. dihati fahrin hanya Tuhan tahu betapa serba salahnya terhadap fiqa terlalu menebal....



_____________________________________________________________________________________


"kakak.... kakak kemana? kenapa muka akak macam ni.. mata bengkak, rambut kusut..." berbagai soalan yang diajukan oleh fiza tatkala melihat fiqa melintas diruang tamu dengan langkah yang longlai.
"tak ada apa sayang akak penat malam tadi overtime" fiqa menyembunyikan perkara sebenar.
"akak.... akak macam tak bermaya je akak rehat ye plan kita tunda ke hari esok ye kak..." fiqa terlupa yang dia akan menemani fiza ke butik untuk fitting baju pengantin. tak sanggup rasanya dia kecewakan hasrat adik yang disayanginya.
diusapnya pipi fiza yang agak berseri sejak bertunang..
"nanti lepas zohor kita pergi ye sayang..."
fiza yang tahu kakak nya tak akan membiarkan plan mereka tergendala sudah menjangka akan jawapan kakaknya. sememangnya dari kecil fiqa tak pernah memungkiri janjinya pada fiza. fiza bersyukur akan kurniaan seorang kakak kembar yang amat disayanginya.