CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, December 2, 2011

bab4

Pejam celik pejam celik sudah hampir sebulan fiza dan fahrin bertunang namun mereka ber2 belom pernah keluar dating bersama, seperti pasangan bertunang yang lain... fahrin seakan cuba menerima fiza sebagai tunangnya namun bayangan fiqa masih bermain diingatan... dia tidak menafikan yang kerinduannya amat mendalam pada kemanjaan fiqa juga kedegilan fiqa... namun dia sedar kini dia telah menjadi tunangan fiza iaitu adik kembar pada fiqa.... dunia ni memang kecil.... walau dia sudah memutuskan hubungan dengan fiqa akhirnya fiqa bakal menjadi kakak iparnya....... fahrin menekup mukanya dengan kedua dua telapak tangannya...... lantas fahrin mencapai telefon bimbitnya lalu number telefon fiza didail...
"assalamualaikum..." lembut kedengaran suara fiza... melambangkan dia seorang wanita yang santun.....
"waalaikomussalam... sihat?" fahrin seakan tidak tahu apa perkataan yang harus dikatakan
"alhamdulillah sihat..... abang sihat?" fahrin seakan ditepuk pipinya digunakan bantal mendengar perkataan ABANG yang digunakan oleh fiza....

"abang?" tanpa fahrin menyedari perkataan itu juga terkeluar dr bibirnya...
"maaf kalau fiza terlanjur kata...." fiza serba salah dengan perkataan yang terlanjur dari bibirnya....
"tidak salah saya.... errrrr abang suka....." fiza merasa lega apabila mendengar dari bibir fahrin sendiri..
"abang telefon fiza kenapa?"
"abang sebenarnya nak ajak fiza keluar kita cari barang untuk majlis kita sambil tu kita boleh kenal dengan lebih dekat kan....."
"tapi kak fiqa tak adalah..."
"fiza tidak percaya pada tunang sendiri?"
sekali lagi fiza rasa bersalah...... mungkin juga dia harus membuka ruang pada fahrin juga dirinya untuk kenal dengan lebih dekat lagi....
"baiklah fiza balik kerja pukol 5petang"
"macam tu lah.... abang jemput fiza pukol 5petang ye...."



fahrin mengemas mejanya dengan kelam kabut setelah tersedar yang dia sudah terlambat untuk menjemput fiza... maklum waktu2 begini jalan pasti jem sana sini..... dia tak mahu fiza ternanti nanti kehadirannya....


setibanya fahrin di pejabat fiza kelihatan fiza sedang menanti dengan keseorangan terdetik rasa bersalah pada fahrin membiarkan fiza menantinya....
lantas fahrin mengambil sejambak bunga yang memang telah sedia dibelinya waktu lunch tadi..... dilangkahkan kaki kearah fiza yang nampak keresahan...
"assalamualaikum...." sapa fahrin dengan senyuman manis yang mencuit hati wanita fiza....
"waalaikomussalam...." fiza menundukkan muka apabila fahrin merenung tajam kearah wajahnya...
"untuk fiza......"
fahrin menghulurkan jambangan bunga pada fiza yang jelas seperti malu... lantas fiza menyambut jambangan itu lalu dikucupnya...
"wangi... terima kasih...."
"khas untuk wanita yang sudi menjadi tunangan abang..." kata2 yang menyentuh hati fiza.. terasa bahang hubungan mereka semakin meranum.......




sebelom magrib fahrin menghantar fiza pulang kerana itu yg diminta oleh fiza katanya dia tidak suka keluar sampai malam kerana dah biasa magrib ada dirumah... fahrin akur dengan permintaan fiza... baginya keluar sekejap dengan fiza sudah memadai..... kerana itu sudah cukup untuk menampak yang dia cuba menghargai hubungan mereka walau ianya masih terlalu awal bagi fahrin berbeza watak fiza dan fiqa... walau mereka kembar tidak seiras namun mereka juga berbeza pada watak..... fahrin percaya yang jodoh ibunya benar untuknya...... namun manusia hanya mampu merancang selebihnya dia akan serah pada yang Maha Esa.....