CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, November 8, 2011

bab 3

Selepas tempoh perkenalan mereka tempoh hari fiza dan fahrin tidak lagi berjumpa kerana fiza telah meletakkan syarat pada fahrin sekiranya fahrin mahu ajak fiza keluar pasti kak fiqa harus ikut sekali.... bila fahrin tanya mengapa harus ada fiqa lantas fiza menjawab
"diantara dua insan pasti ada yang ke3"
bagi fahrin fiza jauh bezanya dengan perwatakan fiqa... benar kata ibunya, pilihan ibunya jauh lebih baik dari pilihannya sendiri. bagaimana pula harus fahrin berhadapan dengan fiqa tatkala dia bersama fiza? setiap kali teringat akan kisahnya bersama fiqa rasa bersalah pada fiza kerana terpaksa menipu tunang yang baru ditunanginya itu mengenai pengenalan mereka. dia tak mampu berkata jujur setelah melihat keikhklasan fiza.

"jangan hancurkan hati adik saya!!"
sms yang baru hadir itu membuat fahrin termenung. sms itu dikirim oleh fiqa apakah tanda sms ini? mungkin fiqa menyangka fahrin sengaja mahu menyakiti hatinya dengan bertunang dengan fiza. itu bukan dirinya. baginya walau baru kenal fiza x sampai beberapa hari baginya fiza tak layak disakiti. seandainya fiqa dari dulu baik seperti fiza sudah pasti dia menjadi pilihan familynya.
"awak jangan risau dia tunang saya dan bakal isteri saya"

membaca balasan fahrin hati fiqa menjadi sedikit lega, walau dia tahu fahrin bukan lelaki yang jahat namun dia bimbang hati adik kesayangannya akan disakiti. Dia tak sanggup melihat air mata adiknya menitis kerana lelaki, adiknya tak layak disakiti, adiknya seorang wanita yang menurut kata keluarga, juga imannya cukup sempurna sebagai seorang wanita. dia juga percaya fahrin mampu menjaganya, walau dia merasa cemburu akan pertalian yang baru dicipta namun dia cuba ketepikan perasaan setannya itu. baginya mereka layak bersama kerana mereka sama2 padan tidak sepertinya yang bagai tiada arah tujuan. kerana adiknya dia sanggup mengetepikan perasaannya sendiri. kasih sayang keluarga amat memadai baginya.

No comments:

Post a Comment