CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, November 3, 2011

bab 1

kepala fiqa terasa berat tatkala tersedar dari lena.... dia terlena didalam kereta dengan keadaan yang letih. matanya kelihatan bengkak dan sembap kesan dari tanggisannya sepanjang malam sebelom terlena malam tadi. Peristiwa petang tadi mustahil untuk dilupakannya, perpisahannya bersama fahrin betol-betol meniggalkan kesan yang mendalam. tak disangka cinta yang disulam selama 3tahun akhirnya kecundang ditengah jalan. Namun fiqa tidak menyalahi fahrin, kerana fahrin ada sebab munasabah untuk meninggalkannya. Fiqa juga sedar apa yang berlaku adalah berpunca dari sikapnya yang tak pernah berubah. selama 3tahun fahrin memberinya peluang untuk berubah, namun kesabaran yang ditunjukkan oleh fahrin masih gagal untuk membentuknya seorang perempuan islam yang dicipta oleh yang MAHA ESA, malahan peluang yang fahrin beri padanya juga disia siakan. mungkin kalau lelaki lain tak sampai ke tempoh 3tahun pasti fiqa ditinggalkan. namun fiqa mencetuskan perasaan cemburu pada wanita yang bakal menjadi tunang fahrin, wanita tersebut baginya begitu bertuah mendapat jejaka seperti fahrin. fahrin akan ditunangkan bersama wanita bertudung pilihan keluarganya. fahrin yang hanya mengikut perintah terpaksa membiarkan hubungannya bersama fiqa berakhir, kerana setelah 3tahun memberi peluang dan bersabar fiqa tetap membisu dan tidak memikirkan soal perubahan dan berumah tangga. Walau hati fahrin amat berat untuk melepaskan fiqa namun, dia tak mahu menjadi anak yang derhaka, dan permintaan keluarganya perlu diutamakan.


"fiqa dimana? fiza hari ini ada rombongan meminang balik ye" pesanan ringkas dari ibunya membuatkan fiqa bergegas pulang kerumah. Didalam hati terdetik juga akan kegembiraan kerana adik kesayangannya akan ditunangkan hari ini. Entah siapa jejaka pilihannya fiqa juga tidak tahu. Fiza juga hanya mengikut kehendak orang tuanya. fiza tidak seperti fiqa yang bertegas akan mencari pilihan sendiri, fiza hanya akan menurut kehendak keluarga, jauh bezanya sikap mereka ber2. Malahan fiza juga insan yang tidak berfoya kesana sini sentiasa dirumah sekiranya tidak bekerja.
setibanya dirumah rombongan yang dijanjikan masih belum tiba, masih sempat untuk fiqa bersiap siap. sebelom melangkah kan kaki kekamarnya fiqa sempat menjengah bilik fiza, kelihatan fiza sedang didandan oleh andaman yang telah ditempah oleh ibunya seawal seminggu lalu, malahan biliknya dihiasi dengan hiasan kamar berwarna pink, dulang hantaran tersergam indah diatas katil yang juga dihiasi warna pink campur hitam. memang itulah kegemaran fiza berwarna pink. pakaian fiza juga cantik.
"apa tunggu lagi pergilah siap..." sekali lagi ibunya mematikan lamunannya.
"ibu cantiklah adik fiza..." fiqa sempat mengusik ibunya.
"itulah kamu lambat sangat ibu beri laluan pada adik dulu...."
kata2 ibunya membuat kan fiqa tertampar dengan serta merta bayangan fahrin menjelma. sebelom ibu melihat air mata nya mengalir fiqa cepat cepat melangkahkan kaki kekamar untuk bersiap....



jam 2petang rombongan yang dijanjikan telah tiba fiqa duduk bersimpuh disamping ibu dan sanak saudara yang ada. rombongan lelaki yang hadir tidak seramai yang dijangka, fiqa cuba mencari cari jejaka yang dikatakan bakal menjadi adik iparnya, namun tidak kelihatan. mungkin tidak hadir kerana adat melayu semasa bertunang si jejaka tidak dibenarkan hadir.


cincin disarung dengan penuh kegembiraan, hati si ibu kedua dua belah pihak kegembiraan dan penuh kebahagiaan akan menjalinkan hubungan kekeluargaan. fiza hanya tersenyum simpul tatkala dikucup dahinya oleh ibu tunangnya.

namun sepanjang majlis sijejaka tidak juga kelihatan. apapun esok hari sijejaka akan hadir untuk berjumpa dan proses mengenal diri pada bakal isteri. begitu unik perhubungan fiza, bagaikan orang zaman dahulu. namun fiza menerima segalanya dengan penuh keikhlasan kerana kebahagiaan ibu bapanya merupakan kebahagiaan dia juga. kakaknya fiqa juga turut merasa bahagia dengan adanya insan yg sudi menjaga adik kesayangannya.....

No comments:

Post a Comment