CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, November 8, 2011

bab 3

Selepas tempoh perkenalan mereka tempoh hari fiza dan fahrin tidak lagi berjumpa kerana fiza telah meletakkan syarat pada fahrin sekiranya fahrin mahu ajak fiza keluar pasti kak fiqa harus ikut sekali.... bila fahrin tanya mengapa harus ada fiqa lantas fiza menjawab
"diantara dua insan pasti ada yang ke3"
bagi fahrin fiza jauh bezanya dengan perwatakan fiqa... benar kata ibunya, pilihan ibunya jauh lebih baik dari pilihannya sendiri. bagaimana pula harus fahrin berhadapan dengan fiqa tatkala dia bersama fiza? setiap kali teringat akan kisahnya bersama fiqa rasa bersalah pada fiza kerana terpaksa menipu tunang yang baru ditunanginya itu mengenai pengenalan mereka. dia tak mampu berkata jujur setelah melihat keikhklasan fiza.

"jangan hancurkan hati adik saya!!"
sms yang baru hadir itu membuat fahrin termenung. sms itu dikirim oleh fiqa apakah tanda sms ini? mungkin fiqa menyangka fahrin sengaja mahu menyakiti hatinya dengan bertunang dengan fiza. itu bukan dirinya. baginya walau baru kenal fiza x sampai beberapa hari baginya fiza tak layak disakiti. seandainya fiqa dari dulu baik seperti fiza sudah pasti dia menjadi pilihan familynya.
"awak jangan risau dia tunang saya dan bakal isteri saya"

membaca balasan fahrin hati fiqa menjadi sedikit lega, walau dia tahu fahrin bukan lelaki yang jahat namun dia bimbang hati adik kesayangannya akan disakiti. Dia tak sanggup melihat air mata adiknya menitis kerana lelaki, adiknya tak layak disakiti, adiknya seorang wanita yang menurut kata keluarga, juga imannya cukup sempurna sebagai seorang wanita. dia juga percaya fahrin mampu menjaganya, walau dia merasa cemburu akan pertalian yang baru dicipta namun dia cuba ketepikan perasaan setannya itu. baginya mereka layak bersama kerana mereka sama2 padan tidak sepertinya yang bagai tiada arah tujuan. kerana adiknya dia sanggup mengetepikan perasaannya sendiri. kasih sayang keluarga amat memadai baginya.

bab 2

Seperti yang dijanjikan selepas zohor fahrin tiba dirumah tunangannya, tunang yang tak pernah dia kenal malahan melihat wajahnya didalam gambar pun tidak pernah hanya tahu nama. Dari namanya melambangkan seorang wanita yang baik namun tidak tahu seperti mana dikenyataannya. namun fahrin percaya ibu bapanya akan mencari wanita yang baik untuk dijadikan menantu.
setiba dihalaman rumah tunangnya fahrin agak terkejut tatkala melihat rumah yang tersergam indah, rumah tersebut merupakan rumah fiqa kekasih yang baru berpisah dengannya, dia pernah menghantar fiqa pulang lewat malam dirumah tersebut. namun fahrin tetap melangkahkan kaki memasuki rumah tunangannya dengan tenang.


fiqa yang dari tadi tidak sabar menanti tetamu yang dijanji kan semakin gelisah tatkala mendengar salam dari hadapan pintu rumahnya, suaranya seperti selalu didengar oleh fiqa namun fiqa cuba menafikan akan fikirannya.

fiza yang tersedar akan salam diberi tidak berjawab lantas melangkah kaki kemuka pintu dengan penuh sopan dan ayu.

"walaikomusslam" balas fiza dengan senyuman manisnya.
"awak fiza?" tanya fahrin sambil menatap muka fiza dengan penuh keikhklasan. hanya anggukan yang dapat diberikan kerana fiza malu dengan jejaka yang berada dihadapannya. bagaimana dia boleh bertunang dengan insan yang tidak pernah dikenalinya.....


"kenapa duduk luar jerk? marilah masuk.." lawaan ibu membuatkan fiza tersedar dari lamunan.
"maaf lupa nak jemput... masuklah..." fahrin membuka kasut lalu masuk dalam rumah yg indah itu dengan penuh kesopanan.

"fiqa airnya mana?" ibu meninggalkan mereka berdua memang ibu sengaja meniggalkan mereka supaya mereka saling kenal mengenali. sedang fiqa membawakan minuman dilihatnya jejaka yang berada tidak jauh dari adiknya duduk ialah lelaki yang amat dirinduinya bagai nak luruh jantungnya. namun bila terkenangkan kebahagiaan yg terpancar diwajah ibu dan adik nya dia bertekad mengganggap yang mereka tidak saling mengenali....


fahrin pula hanya mendiamkan diri tatkala fiza mengenalkan fiqa sebagai kakak kesayangangnya. terlalu kecil dunia ini baginya. berpisah dengan kakak bertunang dengan adik? Ya Allah ujian apa yg kau berikan pada ku ini?



pertemuan yang penuh bermakna untuk mereka ber3 hari itu membuahkan bermacam macam perasaan. bagi fahrin dia keliru dengan tindakanya dan keputusan yang dibuat, bagi fiqa dia tidak menjangka yang adiknya bertunang dengan bekas kekasih yang amat disayanginya bagi fiza pula hanya doa sahaja mengiringi hubungan nya bersama fahrin. dia tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi dia berikan kepercayaan sepenuhnya pada ibunya. kata org jodoh yang direstui orang tua akan lebih berkad... insyallah......

Thursday, November 3, 2011

bab 1

kepala fiqa terasa berat tatkala tersedar dari lena.... dia terlena didalam kereta dengan keadaan yang letih. matanya kelihatan bengkak dan sembap kesan dari tanggisannya sepanjang malam sebelom terlena malam tadi. Peristiwa petang tadi mustahil untuk dilupakannya, perpisahannya bersama fahrin betol-betol meniggalkan kesan yang mendalam. tak disangka cinta yang disulam selama 3tahun akhirnya kecundang ditengah jalan. Namun fiqa tidak menyalahi fahrin, kerana fahrin ada sebab munasabah untuk meninggalkannya. Fiqa juga sedar apa yang berlaku adalah berpunca dari sikapnya yang tak pernah berubah. selama 3tahun fahrin memberinya peluang untuk berubah, namun kesabaran yang ditunjukkan oleh fahrin masih gagal untuk membentuknya seorang perempuan islam yang dicipta oleh yang MAHA ESA, malahan peluang yang fahrin beri padanya juga disia siakan. mungkin kalau lelaki lain tak sampai ke tempoh 3tahun pasti fiqa ditinggalkan. namun fiqa mencetuskan perasaan cemburu pada wanita yang bakal menjadi tunang fahrin, wanita tersebut baginya begitu bertuah mendapat jejaka seperti fahrin. fahrin akan ditunangkan bersama wanita bertudung pilihan keluarganya. fahrin yang hanya mengikut perintah terpaksa membiarkan hubungannya bersama fiqa berakhir, kerana setelah 3tahun memberi peluang dan bersabar fiqa tetap membisu dan tidak memikirkan soal perubahan dan berumah tangga. Walau hati fahrin amat berat untuk melepaskan fiqa namun, dia tak mahu menjadi anak yang derhaka, dan permintaan keluarganya perlu diutamakan.


"fiqa dimana? fiza hari ini ada rombongan meminang balik ye" pesanan ringkas dari ibunya membuatkan fiqa bergegas pulang kerumah. Didalam hati terdetik juga akan kegembiraan kerana adik kesayangannya akan ditunangkan hari ini. Entah siapa jejaka pilihannya fiqa juga tidak tahu. Fiza juga hanya mengikut kehendak orang tuanya. fiza tidak seperti fiqa yang bertegas akan mencari pilihan sendiri, fiza hanya akan menurut kehendak keluarga, jauh bezanya sikap mereka ber2. Malahan fiza juga insan yang tidak berfoya kesana sini sentiasa dirumah sekiranya tidak bekerja.
setibanya dirumah rombongan yang dijanjikan masih belum tiba, masih sempat untuk fiqa bersiap siap. sebelom melangkah kan kaki kekamarnya fiqa sempat menjengah bilik fiza, kelihatan fiza sedang didandan oleh andaman yang telah ditempah oleh ibunya seawal seminggu lalu, malahan biliknya dihiasi dengan hiasan kamar berwarna pink, dulang hantaran tersergam indah diatas katil yang juga dihiasi warna pink campur hitam. memang itulah kegemaran fiza berwarna pink. pakaian fiza juga cantik.
"apa tunggu lagi pergilah siap..." sekali lagi ibunya mematikan lamunannya.
"ibu cantiklah adik fiza..." fiqa sempat mengusik ibunya.
"itulah kamu lambat sangat ibu beri laluan pada adik dulu...."
kata2 ibunya membuat kan fiqa tertampar dengan serta merta bayangan fahrin menjelma. sebelom ibu melihat air mata nya mengalir fiqa cepat cepat melangkahkan kaki kekamar untuk bersiap....



jam 2petang rombongan yang dijanjikan telah tiba fiqa duduk bersimpuh disamping ibu dan sanak saudara yang ada. rombongan lelaki yang hadir tidak seramai yang dijangka, fiqa cuba mencari cari jejaka yang dikatakan bakal menjadi adik iparnya, namun tidak kelihatan. mungkin tidak hadir kerana adat melayu semasa bertunang si jejaka tidak dibenarkan hadir.


cincin disarung dengan penuh kegembiraan, hati si ibu kedua dua belah pihak kegembiraan dan penuh kebahagiaan akan menjalinkan hubungan kekeluargaan. fiza hanya tersenyum simpul tatkala dikucup dahinya oleh ibu tunangnya.

namun sepanjang majlis sijejaka tidak juga kelihatan. apapun esok hari sijejaka akan hadir untuk berjumpa dan proses mengenal diri pada bakal isteri. begitu unik perhubungan fiza, bagaikan orang zaman dahulu. namun fiza menerima segalanya dengan penuh keikhlasan kerana kebahagiaan ibu bapanya merupakan kebahagiaan dia juga. kakaknya fiqa juga turut merasa bahagia dengan adanya insan yg sudi menjaga adik kesayangannya.....